• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Tak Sasar Sebarang Piala Musim Ini

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya menyasarkan untuk berada pada kedudukan empat teratas dalam Liga Super musim ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, JDT juga hanya menyasarkan mara ke peringkat suku akhir Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC 2017.

“Saya seorang yang bersikap realistik dan sentiasa setia kepada polisi kelab dan rancangan jangka masa panjang. Untuk Piala FA, kami telah pun capai sasaran kami,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail bagaimanapun bertitah, JDT perlu memberi saingan yang baik terhadap Pahang yang merupakan pasukan yang lebih kuat berbanding JDT.

Baginda turut menyifatkan JDT bukan pasukan pilihan untuk memenangi sebarang kejuaraan musim, tetapi akan melakukan yang terbaik.

Titah baginda, JDT musim ini bermain dengan menggunakan khidmat penyerang tempatan berbanding pasukan lain bergantung sepenuhnya kepada penyerang import mereka.

“Dengan penyerang tempatan pun berada di kedudukan ketiga dalam liga dan mara ke peringkat suku akhir Piala FA,” titah baginda lagi.

Baginda bertitah sebahagian penyokong JDT berpandangan bekas jurulatih JDT Mario Gomez melakukan kerja yang lebih baik berbading Benjamin Mora.

“Tetapi mereka terlupa bahawa Mario pada waktu itu memiliki Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz dan Martin Lucero.

“Malah beliau sendiri mengakui semasa kami bermesyuarat bahawa beliau tidak yakin akan mencapai apa-apa sasaran tanpa Jorge (Diaz) dan Lucero,” titah baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDTTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd