• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya Sindiket Penipuan Bil Elektrik – TNB

oleh
09/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sindiket penipuan dalam urusan pembayaran bil elektrik mereka.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir berkata, TNB tidak pernah melantik ejen persendirian untuk tujuan pembayaran bil elektrik.

“Jangan mudah terpengaruh dengan sebarang taktik yang digunakan anggota sindiket. Kami ada menerima aduan pengguna yang tertipu dengan tawaran diskaun bil sehingga 45 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kamaliah berkata, TNB menyediakan pelbagai saluran pembayaran bagi memudahkan orang ramai dan sentiasa memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat berkaitan pembayaran bil elektrik.

Menurutnya, bayaran boleh dijelaskan dikaunter Pusat Khidmat Pelanggan TNB, perkhidmatan online, serta di institusi kewangan, Jabatan/Agensi Kerajaan dan syarikat pihak ketiga yang menjalan operasi kutipan bil dari lain-lain utiliti dan pembekal perkhidmatan.

“Ingin diingatkan, ejen kutipan TNB tidak akan menghubungi atau mendekati pengguna bagi memaklumkan penggunaan bil elektrik yang perlu dibayar dan seterusnya mengambil bayaran terus dari pengguna.

“Pengguna akan dihubungi ejen kutipan TNB jika mereka mempunyai tunggakan bil elektrik yang telah tamat tempoh kredit. Namun, pengguna tidak akan diminta membuat bayaran terus kepada ejen berkenaan.

“Semua pembayaran bil elektrik perlu dijelaskan di saluran pembayaran TNB yang sah sahaja. Jadilah pengguna yang bijak agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Sindiket PenipuanTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

Polis Tahan 24 Warga China Terbabit Sindiket Penipuan Pusat Panggilan

02/12/2025
0

SHAH ALAM: Seramai 24 warga asing dipercayai terbabit sindiket penipuan secara dalam talian dengan bekerja di pusat panggilan, ditahan menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd