• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Salahkan Negara Jiran Jadi Penyumbang HIV

oleh Ahmad Albab
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jangan salahkan negara jiran sebagai punca peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Anggota Parlimen Machang itu turut menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung perkara tersebut sebagai retorik dan tidak berasas.

“Saya nak tanya satulah Timbalan Menteri Besar, kalau dia (seseorang itu) berjiran dengan perompak, kalau anak dia mencuri, adakah dia nak salahkan jiran dia atau dia yang tak tahu mengajar anak?

“Jadi janganlah kita nampak alim, ulama, akhirnya apabila ditanya soalan kita putar belit (jawapan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Asrama Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu dan Program Outreach Pendidikan Kesihatan di Lembah Sireh, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah KPTM Kota Bharu Mohd Sahidi Yaakob dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Semalam, Mohd Amar dilaporkan berkata peningkatan jangkitan HIV dalam kalangan pengamal seks heteroseksual dan homoseksual di Kelantan antara lain disebabkan kedudukan negeri itu yang dekat dengan Thailand.

Selasa lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri II Masir Kujat dipetik berkata penghidap HIV hasil hubungan heteroseksual di Kelantan yang berjumlah 40 orang pada 2015 meningkat kepada 50 orang pada tahun lepas.

Jangkitan HIV akibat hubungan homoseksual di negeri itu yang berjumlah 10 orang pada 2015 meningkat kepada 20 orang pada tahun lepas.

Ahmad Jazlan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata kerajaan negeri mesti bertanggungjawab dalam perkara itu dan tidak hanya menyerahkannya kepada kerajaan persekutuan bagi mengekang masalah daripada terus berleluasa.

“Kita (kerajaan persekutuan) dah melakukan banyak program kesedaran dan bermacam-macam pendekatan yang kita buat, tetapi kerajaan negeri mesti dilihat biar jelas dalam tindakan mereka dan bukan sekadar retorik atau bercakap sahaja,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Jazlan YaakubHIV
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Selebriti Zahir Takziah Atas Pemergian Jins Shamsuddin

Next Post

“Saya Rasa Terkilan Beri Arwah Makan Cekodok”

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

Next Post

"Saya Rasa Terkilan Beri Arwah Makan Cekodok"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd