Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Hishamuddin Ke SPRM Beri...

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hadir memberi keterangan di...

Isu Tanah Rizab Orang...

BERA - Isu tanah rizab masyarakat Orang Asli dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung...

Mayat Kanak-Kanak Lemas Di...

KUANTAN - Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Belat...

Itali Rekod Kes Kematian...

ROM - Jumlah kematian akibat koronavirus di Itali meningkat sebanyak 475 orang dalam...

Jangan Ketepikan Mereka Yang Kalah – Zahid

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu mereka yang menang dalam pemilihan jawatan tertinggi sesebuah organisasi sukan, tidak mengetepikan pihak yang kalah demi kesinambungan pembangunan sukan berkenaan.

Tanpa menyebut secara langsung berkenaan pemilihan organisasi sukan tertentu, timbalan perdana menteri itu berkata pihak yang kalah juga sebenarnya mempunyai penyokong dan sumbangan tertentu dalam bidang sukan berkenaan.

“Pertandingan adalah satu proses demokrasi, namun apabila sesebuah organisasi itu mahu kepimpinan yang terbaik, tentunya kebolehpercayaan itu hanya daripada mereka yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2016 di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid berkata sukan adalah bidang yang membataskan politik.

“Tidak semestinya mana-mana di kalangan tokoh itu yang sedikit, rendah sokongan, diketepikan begitu sahaja kerana setiap individu ada penyokong maka sumbangan daripada individu itu dan sokongan itu harus diberikan kesinambungan,” katanya.

Dalam pada itu menyentuh mengenai bola sepak, Ahmad Zahid berkata pemain tempatan perlu lebih diketengahkan berbanding pemain import sebagai penanda aras kepada mutu bola sepak negara.


“Mana-mana pasukan yang dapat mengetengahkan pemain tempatan sebenarnya lebih baik sebagai penanda aras untuk dijadikan pasukan terbaik,” katanya.

Mengenai Anugerah SAM-100PLUS 2016, Ahmad Zahid berkata media juga memainkan peranan yang besar dalam mengangkat martabat sukan negara.

“Kita lihat peranan penulis (sukan) di dalam memberikan motivasi dan juga di dalam menaikkan semangat individu supaya mereka lebih terangsang untuk menjadi johan,”katanya.

Beliau berkata Anugerah SAM adalah bukti paling nyata bahawa persatuan sendiri memberikan pengiktirafan kepada penulis yang menghasilkan tulisan dalam bentuk pemberitaan, analisis dan juga laporan. – BERNAMA

Kategori