• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Cipta Kebencian Demi Kelangsungan Politik

oleh Ahmad Albab
11/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG SERAI – Pakatan pembangkang terutama DAP dilihat terdesak sehingga cuba menanam rasa benci dalam kalangan rakyat demi kelangsungan politik mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata pembangkang kini semakin giat memutar belit kenyataan untuk mencipta kebencian sehingga boleh merosakkan masa depan negara disebabkan cemburu dengan kejayaan Barisan Nasional selama ini.

“Cara termudah pembangkang berpolitik adalah dengan cara memainkan isu perkauman dan kebencian.

“Untuk itu, rakyat perlu bijak supaya tidak terpengaruh dengan sentimen dan emosi kebencian yang cuba ditanam pembangkang,” katanya ketika berucap pada Ceramah Rakyat-Negaraku Generasiku di Padang Awam Taman Kucai, Lunas di sini, malam tadi.

Pada masa sama, beliau meminta penduduk di kawasan parlimen Padang Serai untuk menilai semula sama ada Ahli Parlimen mereka, N. Surendran daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjalankan tugasnya dengan baik dalam menjaga kebajikan mereka.

Othman berkata, selepas dua kali digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat, wakil rakyat itu perlu ditolak pada pilihan raya umum akan datang kerana tidak mampu menjalankan tugas dengan baik demi kepentingan rakyat setempat.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S K Devamany berkata negara memerlukan pembangkang untuk mengkritik sekiranya berlaku ketirisan atau ketidakadilan.

“Bagaimanapun, jangan sesekali menafikan kebenaran daripada rakyat serta menghasut sehingga membawa berita palsu yang menimbulkan huru-hara kepada negara.

“Kita menerima kritikan namun perlu berlandaskan fakta di mana sehingga kini kepimpinan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan mana-mana kumpulan,” katanya.

Menurut Devamany, kerajaan juga tidak pernah berhenti untuk merapatkan jurang ekonomi antara orang miskin dan orang kaya serta menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr. Cheah Soon Hai yakin DAP akan menggunakan semua cara termasuk menyebarkan fitnah tanpa memikirkan sensitiviti kaum dan agama hanya untuk mendapatkan undi setiap kali tiba pilihan raya umum.

“Mereka juga sering menyebarkan berita yang tidak tepat atau separuh betul hanya semata-mata mahu menaikkan kemarahan rakyat sehingga membenci kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Othman Azizpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd