• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Penjara Datuk Ditambah Lebih 2 Kali Ganda

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk terpaksa meringkuk lebih lama di penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini menambah hukuman penjara ke atasnya daripada tiga tahun kepada lapan tahun.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Datuk Mohd Mustafa Mohd Khalid, 55, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan menipu seorang pengarah urusan sebuah syarikat untuk menyerahkan wang sebanyak RM1 juta.

Mohamad Shariff turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM300,000 atau setahun penjara.

Dalam penghakimannya, katanya, mahkamah mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan telah secara jelas membuktikan tertuduh memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang itu dan menyerahkan surat hasrat (LOI) yang palsu.

“Dalam mengkaji kes rayuan ini, mahkamah telah meneliti segala keterangan saksi pendakwaan dan pembelaan, dokumen dan eksibit. Mahkamah ini tidak menemui sebarang kekhilafan yang ditinggalkan Hakim Mahkamah Sesyen.

“Kes tipu merupakan satu kesalahan serius membabitkan isu kepentingan awam. Ia juga menjejaskan imej kerajaan dan hukuman berat perlu dikenakan,” kata Mohamad Shariff.

Pada 19 Februari 2016, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh selepas didapati bersalah menipu Datuk Kamaludin Janis iaitu Pengarah Urusan NM Resource Sdn Bhd.

Tertuduh telah memperdaya mangsa untuk mempercayai bahawa surat LOI daripada Kementerian Kewangan bertarikh 6 Julai 2009 dengan tajuk ‘Cadangan Untuk Membekalkan Sistem Pengimbas Seratus Peratus Barangan Import Untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia Secara Sewaan’ yang diberikan tertuduh kepada mangsa adalah tulen.

Lelaki itu dengan curangnya telah mendorong mangsa untuk menyerahkan wang RM1 juta kepadanya kerana mendapatkan surat tersebut untuk mangsa, yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang itu jika tidak diperdayakan sedemikian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Seramai 25 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding perbicaraan kes itu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin. – BERNAMA

Tags: datukPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap individu yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri mahupun Datuk sepatutnya tampil mempertahankan institusi Raja. Pendakwah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd