• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Wujudkan Tabung, Bantu Farah Lanjut Pelajaran

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Keluarga angkat Farah Marcella Bandie, pelajar daif yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, telah mewujudkan sebuah tabung bagi membantu pelajar itu melanjutkan pengajian.

Farah Marcella, 18, memperoleh 6A, 1B+ dan 1C sekalipun hanya belajar secara serius dua bulan setengah sebelum menduduki SPM tahun lalu disebabkan kehidupannya yang daif.


Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, guru pelajar itu yang juga keluarga angkatnya, Suraya Abdul Rahim berkata sejak penubuhan tabung tiga hari lalu, kira-kira RM17,400 berjaya dikumpulkan.

“Kita harap dana ini bukan sahaja dapat membantu Farah tetapi juga abangnya Hans Hemsus yang bercadang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas mencatat 5A dalam SPM tiga tahun lalu,” kata Suraya.

Beliau juga berharap masyarakat tidak salah faham dengan tindakannya membuka akaun untuk dana itu atas nama abang sulungnya Zaikhan Abdul Rahim.

Langkah itu kata Suraya bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap Farah Marcella yang mempunyai sifat pemurah.

Sementara itu, Farah Marcella yang berbakat dalam bidang seni lukis, bercita-cita menjadi anak seni.

Dia ketika ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas jasa dan pengorbanan gurunya sehingga dia mencapai kejayaan.

“Saya rasa bercampur baur sekarang ini – terharu, gembira, gementar – bila dapat keputusan sebaik ini.

“Saya cuma belajar dua bulan sahaja jika dibandingkan dengan budak-budak lain, (jadi) bila dapat keputusan seperti ini memang bersyukur sebab tempoh sebelum peperiksaan adalah tempoh paling mencabar buat saya,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Kisah Farah Marcella sebelum ini menjadi perhatian ramai kerana terpaksa menumpang di sebuah pusat snuker bersama ibu dan adik-beradiknya selepas ditinggalkan bapa.

farah

Berdasarkan kisah yang tular di media sosial, pelajar itu pernah diberhentikan sekolah ketika tingkatan empat kerana tidak hadir ke sekolah untuk jangka masa yang lama, namun mengambil inisiatif mendaftar kembali ketika tingkatan lima.

Menyedari kesulitan pelajar itu, Suraya tampil mempelawa Farah Marcella tinggal bersamanya dua bulan sebelum SPM. – BERNAMA

Tags: hidup susahSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

“Saya Cina, Tetapi Saya Berpandangan Tiada Keperluan UEC Diiktiraf”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Cukup-cukuplah. Saya Cina yang berpandangan bahawa tiada keperluan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) diiktiraf,” kata pemilik akaun media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd