• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Belia Perlu Ikon Capai Aspirasi TN50

oleh Ahmad Albab
04/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Golongan belia memerlukan seorang ikon yang tepat dalam memeta hala tuju kehidupan dan pencapaian dihasratkan dalam usaha merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata ikon berkenaan akan dapat memacu mereka agar lebih fokus dalam pencapaian yang diinginkan, sekali gus membantu mencipta kejayaan selaras dengan hasrat TN50.

“Seperti hari ini, belia-belia di Besut, diberikan gambaran seorang anak muda atau ikon bernama Firdaus Imtiaz yang mengecap pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

“Beliau digambarkan bukan sahaja seorang Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat multinasional, tetapi seorang hafiz Al-Quran, dermawan, penyayang dan mempunyai kelayakan akademik cemerlang di universiti terkemuka dunia, Harvard University di Amerika Syarikat.

“Gambaran seorang ikon seperti ini mudah melekat pada minda generasi muda dan ia antara inisiatif membantu mereka untuk lebih fokus dan hala tuju yang tepat dalam meraih kejayaan dalam apa jua bidang diceburi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas sesi Dialog TN50 peringkat Besut bertajuk ‘Firasat Firdaus Imtiaz’ di sini hari ini.

TN50 yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Januari lepas, adalah untuk memeta hala tuju negara bagi tempoh 30 tahun selepas 2020, dan setakat ini, sesi jelajahnya telah diadakan di Sabah dan Terengganu.

Objektifnya adalah mewujudkan platform dan mengumpul idea serta pandangan golongan belia dan ulama muda dalam sesi ‘townhall’ bagi merancang dan menggerakkan pembangunan TN50.

Seorang peserta sesi dialog, Mohd Fahamie Hussin, 27, berkata walaupun karakter Firdaus Imtiaz hanya gambaran, namun kualiti dan pencapaiannya dalam akademik dan seorang huffaz tidak mustahil dicapai golongan belia masa kini.

“Saya percaya jika belia di negara ini lebih fokus dan konsisten dengan setiap matlamat ingin dicapai, ditambah dengan pelan tindakan efektif, saya pasti aspirasi TN50 untuk menjadikan masyarakat kita antara terbaik di dunia akan tercapai,” katanya.

Idris yang juga anggota Parlimen Besut pada sesi dialog tersebut, turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 peringkat kebangsaan, Siti Zubaidah Ismail.

Siti Zubaidah, 19, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Hulu Besut, seorang anak penoreh getah, memperoleh keputusan 4A atau 4.0 pada peperiksaan itu. – BERNAMA

Tags: TN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TN50 Buatkan Anak Muda Rasa Lebih Dihargai

06/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang mengangkat suara serta aspirasi anak muda membuatkan mereka rasa lebih dihargai dan...

125,000 Penghafaz Al-Quran Dilahirkan Di Bawah TN50

31/03/2018
0

KOTA BHARU - Sejumlah 125,000 penghafaz al-Quran dijangka dilahirkan di bawah program Tranformasi Nasional 50 (TN50) menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd