• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji RM4,400 Untuk Duduk Atas Sofa Sahaja

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Seorang wanita tempatan berusia 26 tahun menganggap dirinya paling bernasib baik apabila memperoleh pekerjaan sebagai penguji sofa.

Anna Cherdantseba yang berasal dari Ufa di Republik Bashkortostan di Rusia kini akan menghabiskan masa 10 jam sehari untuk menguji sofa baharu.

Tugas utamanya ialah untuk menilai keselesaan dan keselamatan sofa yang dikeluarkan syarikat perabot terkenal Russia, MZ5 Group.

Syarikat berkenaan bulan lalu mengiklankan jawatan itu yang menyaksikan lebih 5,000 orang memohonnya.

Walaupun semua produk barunya diuji dalam makmal khas, pihak pengurusan berkata, mereka memerlukan seorang penguji profesional bagi memenuhi kehendak pengguna.

“Kami memilih calon dalam beberapa peringkat. Selepas menyenarai pendek senarai pemohon, tujuh dipanggil untuk temuduga dan Anna, pakar pemasaran, terbukti paling layak untuk memegang jawatan berkenaan,” kata jurucakap MZ5 Group.

Anna pula berkata, ia memang mengimpikan jawatan berkenaan dan mempunyai banyak idea untuk meningkatkan keselesaan sofa tetapi enggan bercakap mengenainya ketika ini.

Walaupun menjalani kehidupan aktif seharian, Anna bagaimanapun berkata, dia tidak kisah dan tidak akan bosan menghabiskan masa 10 jam di atas sofa.

Dia kini menjalani latihan dengan gaji permulaan sebanyak 56,000 ruble (RM4,400) untuk tiga bulan pertama. – Agensi/myMetro Online

Tags: Gajipekerja
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

Gaji Sektor Swasta Meningkat 4.2 Peratus – Tengku Zafrul

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, gaji sektor swasta...

“Najib Ambil Gaji, 1MDB Pun Ambil” – Maszlee

“Najib Ambil Gaji, 1MDB Pun Ambil” – Maszlee

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik mendakwa tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia seorang Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd