• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagasan Mahu Subjek Islam, Moral Wajib Lulus SPM

oleh
19/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyaran agar subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia.

Presidennya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Kementerian Pendidikan perlu mengkaji saranan itu bagi melahirkan modal insan yang berilmu dan dilengkapi nilai moral serta beretika.

“Gagasan berpendapat sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan menggubal semula subjek pendidikan Islam dan moral bagi murid bukan Islam agar generasi muda dilengkapi dengan nilai-nilai itu,” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan ketujuh di sini hari ini yang disertai 147 perwakilan dari seluruh negara.

Selain itu, beliau berharap kerajaan dapat mengembalikan semula martabat tulisan jawi yang dilihat semakin terpinggir disebabkan ‘kegopohan kita mengejar menjadi negara maju’.

Fadillah berkata tulisan jawi merupakan elemen keunikan dan keistimewaan masyarakat Melayu serta mempunyai nilai sentimental dan identifikasi yang erat terhadap martabat jati diri Melayu.

“Apabila masyarakat Malaysia mula menggunakan tulisan rumi secara rasmi pada 1963, secara tidak langsung tulisan jawi mula dipinggirkan. Bertitik tolak daripada itu, tulisan jawi tidak lagi dilihat penting sebagai tulisan bahasa Melayu.

“Pengajaran jawi di sekolah tidak lagi ditekankan. Menjadi kewajipan angggota Gagasan utnuk memupuk semula rasa cintakan tulisan jawi khasnya kepada generasi muda bagi mengelakkan tulisan jawi daripada menjadi bahan sejarah di muzium semata-mata,” katanya.

Fadillah seterusnya membangkitkan saranan Gagasan agar kerajaan menubuhkan makmal integrasi nasional khusus untuk mengkaji program yang dapat meningkatkan integrasi antara masyarakat Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Gagasan berpendapat kewujudan makmal ini akan menjadi platform terbaik bagi menggubal formula melahirkan bangsa Malaysia yang progresif dan berjati diri Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pendidikan IslamPendidikan MoralSPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd