• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM, SPRM, LHDN Kerjasama Tangani Jenayah Kewangan

oleh
01/06/2017
dalam Jenayah, LHDN, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini meningkatkan kerjasama strategik dalam usaha mencegah jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.

Sinergi daripada kerjasama ketiga-tiga agensi tersebut akan memperkukuh sistem kewangan di samping meningkatkan hasil pendapatan negara dan membina negara yang bebas daripada anasir rasuah dan salah guna kuasa.

“Usaha yang diambil oleh ketiga-tiga agensi ini bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik untuk mengekang jenayah kewangan, terutamanya yang melibatkan rasuah dan pengelakan cukai.

“Ketiga-tiga agensi menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan institusi kewangan tidak dijadikan saluran untuk menyalurkan hasil yang diperoleh daripada jenayah kewangan,” menurut ketiga-tiga pihak itu dalam kenyataan bersama di sini, hari ini.

Komitmen itu diputuskan semasa mesyuarat antara Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah hari ini.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata kerjasama itu akan membendung penyaluran hasil perolehan wang haram dan transaksi haram melalui sistem kewangan.

“Perkara ini penting bagi mengekalkan integriti dan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan Malaysia,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata usaha itu turut membolehkan pertukaran maklumat berhubung siasatan di samping memperkukuh amalan terbaik setiap agensi tersebut memandangkan masing-masing mempunyai cabaran tersendiri dalam menangani jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah berkata kerjasama strategik tersebut merupakan langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan ketirisan cukai akibat jenayah kewangan. – BERNAMA

Tags: BNMJenayah KewanganLHDNSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Berkuat Kuasa 13 Mei

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Berkuat Kuasa 13 Mei

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima kepimpinan baharu apabila Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai...

Yang di-Pertuan Agong Akan Pilih Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

Yang di-Pertuan Agong Akan Pilih Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah Baginda akan memilih Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd