Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

Minta Penerima BR1M Gagal...

ALOR SETAR - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kedah yang gagal menerima...

Aliran Tunai Meruncing, Ekonomi...

REMBAU – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Kanak-Kanak Dua Tahun Maut...

FLORIDA –Kematian tragik seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertembak dirinya sendiri dengan...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan penyusutan yang dialaminya semalam untuk dibuka lebih rendah...

ARP Mampu Lahir Generasi Punya Jati Diri, Kesukarelawan

REMBAU – Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda adalah program yang mampu melahirkan generasi yang mempunyai jati diri, sifat kepimpinan dan semangat kesukarelawan.

Anggota Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata melalui program lima hari itu, peserta akan menimba pelbagai pengalaman yang mampu membentuk sifat cekal, disiplin, kerjasama dan berfikiran kritis dalam kalangan mereka.

“Program ini adalah berlandaskan kepada program ‘The Duke of Edinburgh’s International Award for Young People’ iaitu satu program antarabangsa yang disertai 140 negara melibatkan lapan juta peserta.

“Di Malaysia, anugerah ini dilaksanakan melalui program Rakan Muda memandangkan kumpulan sasar program adalah remaja berumur 14 hingga 24 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan ARP Rakan Muda 2017 di Temuan Abo Craft, Kampung Orang Asli Ulu Chembong di sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Chembong yang juga Exco Belia dan Sukan negeri Datuk Zaifulbahri Idris, Senator Datuk Isa Ab Hamid yang mewakili masyarakat Orang Asli di Dewan Negara dan Pengurus Temuan Abo Craft Helmi Naim Ahmad.

Mengulas lanjut, Khairy berkata program berkenaan juga bukan sahaja sesuai bagi pembangunan sahsiah diri golongan itu, bahkan turut menekankan aspek tanggungjawab sosial kepada masyarakat.


“Keunikan program ini adalah penyertaannya terbuka kepada semua golongan remaja tanpa mengira latar belakang. Ia berupaya membentuk remaja secara seimbang dalam segenap aspek bagi membawa mereka mengharungi cabaran ke arah kedewasaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata peserta juga diberi merit kokurikulum yang diperakukan Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, dalam sidang media kemudiannya, Khairy berkata program ARP pada masa akan datang hanya akan diteruskan sekiranya mendapat sokongan dan penglibatan penuh pihak terlibat termasuk swasta.

Program ARP yang bermula 17 Mac lepas disertai 150 peserta dari seluruh negara. – BERNAMA

Kategori