• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Parlimen Perlu Turut Bantu RELA – Zahid

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru semua Anggota Parlimen memberikan sumbangan peribadi mereka untuk membeli pakaian seragam anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di kawasan parlimen masing-masing.

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan telah memperuntukkan RM154 juta bagi pembelian pakaian seragam kepada anggota jabatan itu sebelum ini tetapi dilihat masih tidak mencukupi.

“Kita ketahui bahawa jumlah anggota RELA kini seramai 3.24 juta orang. Ini suatu jumlah yang besar maka saya seru Anggota Parlimen bantu kerajaan, beri sedikit sumbangan.

Apabila Anggota Parlimen berbuat demikian maka anggota RELA di kawasan masing-masing akan lebih bersemangat,” katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat RELA kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) di sini semalam.

Sejumlah 122 Anggota Parlimen BN menerima pangkat kehormat RELA sebagai mengiktiraf peranan mereka mendokong semangat kesukarelaan sekali gus mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat.

Antara anggota Parlimen yang menerima pangkat tersebut adalah Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Dr Mary Yap Kain Ching (Tawau), Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah) dan Datuk Henry Sum Agong (Lawas).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berharap kesemua penerima pangkat berkenaan dapat bersama-sama kerajaan dalam meningkatkan keyakinan dan jangkaan rakyat.

“Apabila diberi pangkat ia bererti kita telah diberi kuasa di bawah Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 untuk melaksanakan tugas,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata RELA perlu mengekalkan imej sebagai sebuah jabatan yang berbeza daripada jabatan lain dari segi pengurusan perbelanjaan.

“Walaupun RELA telah dinaik taraf sebagai sebuah jabatan penuh, namun RELA tidak pernah menambah jawatan atau peruntukan untuk sebarang aktiviti. Ini perbezaan RELA dengan jabatan lain,” katanya.

Ahmad Zahid berkata RELA dengan jayanya telah memainkan peranannya dengan berkesan dan terus diberi kepercayaan membantu menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiRELA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd