• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Raja Dangdut Rhoma Irama Dicekup Kes Dadah

oleh
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penyanyi Indonesia, Muhammad Rhido Rhoma, iaitu anak kepada raja dangdut legenda Indonesia, Rhoma Irama, ditangkap polis Indonesia kerana didapati memiliki dadah

Anak lelaki bongsu Rhoma yang berusia 28 tahun itu, malahan mengaku bahawa dia sebenarnya sudah ketagih lebih dua tahun dalam menyalahgunakan dadah sintetik popular jenis ice.

“Pengakuannya bahawa dia sudah pernah menyalahgunakan selama dua tahun,” jelas anggota polis yang hanya dikenali sebagai Suhermanto kepada laman berita tempatan Detikcom.

Setakat ini, Rhoma, 70, yang pernah mengkritik goyang ‘gerudi’ erotik Inul Daratista pada 2003 lalu sehingga mencetuskan kontroversi, belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ridho yang menyanyi sejak 2009 dilaporkan ditangkap pihak polis di daerah Daan Mogot, Jakarta Barat di sini pada Sabtu sekitar pukul 4 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).

Pihak polis kemudian menemui paket dadah ice, ketamin dan alat penghisap dadah berais semasa Ridho ditangkap. Dia yang juga aktor filem tempatan dikatakan belum lagi berkahwin.

Dadah ice itu ditemui disembunyikan di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh Ridho sendiri. Menurut laporan Detikcom, kereta tersebut kini dirampas polis untuk siasatan lanjut.

Ridho merupakan anak hasil perkahwinan Rhoma dengan Marwah Ali, iaitu isteri ketiga selepas bercerai dengan mualaf asalnya Kristian, Veronica dan Ricca Rachim. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: dangdutIndonesiaRhoma Irama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd