Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Kes Liwat Anwar: PKR...

Selama ini, pembangkang sering menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) memaksa orang ramai hadir...

ADUN Sri Muda Fail...

PUTRAJAYA — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei hari...

Pelajar Boleh Pakai Baju-T...

PETALING JAYA: Semua murid dan pelajar kurang kemampuan diberi kelonggaran untuk memakai baju-T...

Pasangan Sejenis Buat Kenduri...

SEMATA-MATA mahu 'feeling feeling' berkahwin seperti pasangan lain, pasangan sejenis di Boyolali, Jawa Tengah,...

33 Sekolah Dipilih Promosi Sukan SEA – Khairy

PUTRAJAYA – Sebanyak 33 sekolah di seluruh negara dipilih untuk mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di bawah program KL2017@Sekolah.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata program yang bermula 2 Mac lepas, di Sekolah Kebangsaan Toh Tan Dewa Sakti, Batang Padang, Perak, itu akan membawa kemeriahan temasya sukan terbesar di Asia Tenggara itu kepada murid, guru dan ibu bapa.

Katanya program yang akan berakhir pada 20 Mei itu turut membawa mesej hijau pada hari sukan sekolah, bertepatan dengan inisiatif menjadikan Kuala Lumpur 2017 sebagai Sukan SEA pertama yang berkonsepkan mesra alam.

“Kami mengajar murid sekolah betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kuala Lumpur 2017 untuk menjadi the Green Games.

“Antaranya mempromosikan kempen kitar semula, kempen penjimatan elektrik dan pembuangan sampah dengan cara yang betul,” katanya kepada pemberita pada program KL2017@Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1), di sini hari ini.

Beberapa jenis sukan turut ditampilkan pada program KL2017@Sekolah iaitu Super Sepak (menewaskan penjaga gol), Cycle Power Challenge (usaha kerja berkumpulan), Mini Golf (permainan golf mini), Field Sports Challenge (permainan trek) dan Basket Ball Shoot (balingan bola keranjang).


Di bawah inisiatif hijau pula, pelajar diminta melaksanakan beberapa langkah mudah iaitu membawa dan menggunakan bekas minuman sendiri untuk mengurangkan jumlah sampah, mengasingkan sampah dan mengguna semula bahan terbuang bagi perhiasan rumah sukan.

Selain itu, Persatuan Pencinta Alam Malaysia turut mengadakan pameran dan mengedarkan majalah serta maklumat mengenai penjagaan alam sekitar serta menganjurkan permainan dengan tema mesra alam.

Khairy berkata pelajar berusia 16 tahun ke atas, guru dan ibu bapa turut digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan Sukan SEA.

Katanya pendaftaran masih lagi dibuka dan latihan akan diadakan sepanjang masa sehingga Ogos nanti. – BERNAMA

Kategori