Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

‘Perhimpunan Perjuangan Bermula Di...

TEMERLOH - 'Perhimpunan Perjuangan Bermula Di Sini' bagi memberi penjelasan mengenai penubuhan parti...

Rintihan Anak Dari Sumatera,Indonesia

Melaka - “Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan...

Syed Saddiq Gagal Cabar...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...

“Kekeliruan Selesai Selepas ‘Meletop’...

SEMALAM kecoh netizen mengenai sikap pelakon Fattah Amin yang pada saat-saat akhir tidak...

2 Sahabat Dipenjara Sebulan Miliki Kapak, Parang

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda RM500 dan sebulan penjara terhadap dua lelaki yang memiliki sebilah kapak, parang dan dua batang besi yang disembunyikan dalam beg galas.

Majistret Mahyudin Mohmad Som berkata kedua-dua mereka gagal memberikan keterangan memuaskan berhubung pemilikan barang berkenaan.

Majistret Mahyudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Naim Sulaiman dan Muhammad Naim Mohd Noorzaidi masing-masing berumur 21 tahun selepas mereka mengaku bersalah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu, di Jalan Hang Tuah, Dang Wangi, di sini pada 7.30 pagi, 25 Mac lepas.


Mereka yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin. – BERNAMA

Kategori