• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tiba Di Qatar Untuk Lawatan Rasmi Empat Hari

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Qatar atas jemputan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al Thani.

Pesawat yang membawa Ahmad Zahid mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di sini pada 10.15 malam Sabtu (Waktu Malaysia 3.15 pagi Ahad) dan sebaik tiba, beliau disambut Pengarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Qatar, Mejar Jen Abdulaziz A Alansari dan Duta Besar Malaysia ke Qatar Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar.

Pada lawatan ini, Ahmad Zahid yang diiringi beberapa pegawai kanan kerajaan  dijangka menghadap Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dan kemudian membuat kunjungan ke atas Sheikh Abdullah pada pagi Ahad.

Semasa berada di sini, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri akan melawat Pusat Kawalan Negara dan projek komuniti yang dirancang di bandaraya Lusail, lapangan terbang antarabangsa Hamad dan bertemu diaspora Malaysia di Qatar.

Ini adalah lawatan sulung Ahmad Zahid ke Qatar selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015.

Lawatan terakhir pemimpin tertinggi Malaysia ke Qatar dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Disember 2011.

Malaysia mula menjalin hubungan diplomatik dengan Qatar pada tahun 1974 dan hubungan dua hala itu diperkukuhkan dengan pembukaan pejabat kedutaan di sini pada Ogos 2004 dan disusuli pembukaan kedutaan Qatar di Kuala Lumpur pada September tahun yang sama. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd