• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Terima Kunjungan Hormat 10 Duta Baharu

oleh AK-47
01/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat 10 ketua perwakilan Malaysia yang baharu di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mereka ialah Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu Syed Md Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin, Zainal Abidin Bakar (Sepanyol), Datuk Rustam Yahaya (Iran), Cheong Loon Lai (Hungary) dan Datuk Hidayat Abdul Hamid (India).

Selain itu, Anizan @ Siti Hajjar Adnin (Ireland), Mohd Aini Atan (Laos), Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman (Kazakhstan), Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak (Argentina) dan Agus Salim Yusof (Bahrain).

Ketua pewakilan baharu itu menerima watikah pelantikan masing-masing daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 21 Feb lepas.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 45 minit, Ahmad Zahid turut menyuarakan harapan beliau agar ketua perwakilan berkenaan mempromosi Malaysia sebagai pihak berkuasa yang berwibawa dalam pengeluaran pensijilan halal.

“Pensijilan halal bukan sahaja berkaitan makanan, tetapi juga dalam bidang kewangan dan perkhidmatan,” kata beliau menerusi kenyataan di sini, yang dikeluarkan bersempena kunjungan hormat itu.

Timbalan perdana menteri juga mahu ketua perwakilan berkenaan supaya mempromosi Malaysia dalam industri pelancongan sebagai destinasi pelancongan terulung, dan menyokong usaha negara dalam memerangi keganasan menerusi program deradikalisasinya.

Beliau berkata Malaysia terus meningkatkan usaha dalam menangani kegiatan pengganas dan golongan ekstremis terutamanya di ruang siber dengan menubuhkan ‘Counter Messaging Centre’ di samping sebuah pusat latihan bagi program pertukaran keselamatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd