• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tawar Khidmat Terapi Panaskan Tilam

oleh Ahmad Albab
03/02/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Seorang wanita muda di sini menawarkan perkhidmatan berbaring selama satu jam di atas katil lelaki bujang untuk memanaskannya supaya pelanggan dapat tidur dengan lena.

Viktoria Ivachyova, 21, berkata, dia mengenakan bayaran AS$82 (RM363) untuk berbaring di atas tilam selama satu jam bagi memastikan ia panas dan dipenuhi dengan tenaga positif sebelum pelanggannya tidur.

Terapi itu didakwanya boleh menghilangkan tekanan dan menjamin tidur yang lena.

Katanya, dia baru memperkenalkan perkhidmatan itu dan kini sudah mempunyai 10 pelanggan tetap.

Viktoria memberitahu, pelanggan tidak boleh menyentuhnya sepanjang dia berbaring di atas katil tetapi mereka boleh meluahkan perasaan jika perlu.

“Saya seorang pendengar yang baik dan pelanggan saya suka meluahkan perasaan mereka untuk menghilangkan tekanan,” katanya.

Tambahnya, seorang pelanggannya yang mengalami masalah kemurungan berjaya pulih selepas dia memanaskan tilam dan berbual dengan lelaki itu.

“Pada waktu pagi pelanggan itu menghubungi saya bagi memberitahu dia semakin bersemangat dan ceria,” jelasnya.

Menurutnya, pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu hanya perlu menetapkan temu janji di laman sesawang miliknya.

Kata Viktoria, dia kini merancang mengambil beberapa wanita sebagai pekerja selepas permintaan terhadap perkhidmatan itu semakin meningkat. – Agensi/myMetro Online

Tags: tilamWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd