• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Waspada Sebar Informasi Agama

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Umat Islam di negara ini perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang bentuk informasi berkaitan agama di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata dalam era dunia tanpa sempadan pada hari ini, masyarakat kini disajikan dengan pelbagai ledakan maklumat baik dari dalam mahupun luar negara.

“Institusi agama seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu merapatkan saf untuk menyaring dan menyusun balik informasi yang tersebar di media sosial serta dalam masa yang sama memastikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah disegarkan.

“Mungkin jabatan agama boleh memikirkan mengenai tular sesuatu hadis atau informasi itu perlu mempunyai logo sama seperti logo Halal misalnya. Jadikan ia sebagai eksklusif kerana maklumat ini adalah makanan rohani…kalau makanan rohani tidak halal ia akan menyebabkan rosak hati, fikiran, perangai dan tamadun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan perasmian Seminar Gagasan Peradaban al-Quran yang turut dihadiri Timbalan Mufti Negeri Sembilan Nor Azamir Alias.

Mengulas lanjut, Azizan berkata penyebaran informasi tidak sahih selain daripada mengelirukan ia juga boleh menyebabkan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

“Sebelum ditular, fikirkan dulu apa niatnya…kalau (informasi) tak sah, jangan disebarkan kerana berdosa. Dahulu fitnah (dilakukan) di hujung lidah (secara lisan), sekarang di hujung jari,” katanya.

Beliau dalam pada itu, menasihatkan umat Islam agar memastikan maklumat yang hendak disampaikan itu adalah sahih dengan merujuk kepada golongan pakar agama, sebelum disebarkan.

“Malah, ustaz atau ustazah juga perlu tonjolkan diri bagi mengesahkan maklumat berkenaan sama ada sahih atau sebaliknya. Ini bukan soal nak jadi terkenal kerana pada zaman sekarang tak boleh lagi kita berdakwah secara berkumpul seramai 20 orang, sebaliknya kita kena dakwah secara global yang mana lebih ramai mendapat manfaatnya,” katanya.

Seminar dua hari itu bermula hari ini bertujuan untuk menzahirkan kembali gagasan utama pemikiran peradaban al-Quran yang telah melahirkan tamadun Islam yang luhur dalam sejarah manusia.

Seminar itu yang dihadiri kira-kira 300 hadirin akan mengupas mengenai bagaimana al-Quran membangunkan generasi beradab, seruan al-Quran kepada keadilan sosial serta syarat dan halangan kefahaman al-Quran. – BERNAMA

Tags: media sosialumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd