• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dego Ride Jangan Cabar Undang-Undang” – Tiong Lai

oleh AK-47
13/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada syarikat perkhidmatan teksi motosikal ‘Dego Ride’ agar tidak mencabar undang-undang negara setelah diarahkan menghentikan perkhidmatan tersebut atas faktor keselamatan.

Beliau berkata perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 dan Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementeriannya sini hari ini, Liow berkata Jabatan Pengangkutan Jalan Raya dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melancarkan operasi penyamaran bagi membanteras perkhidmatan teksi motosikal itu.

“Kita akan melancarkan operasi penyamaran serta-merta bagi menangkap mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan atau pembawa motosikal Dego Ride. Pegawai penguat kuasa kita sedang bersiap siaga waspada dan kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Liow berkata walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62 peratus kepada kemalangan maut pada tahun lepas.

“Kita membantah kaedah pengangkutan menggunakabn motosikal untuk mengambil penumpang yang boleh mendatangkan risiko tinggi kepada penumpang,” katanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj sebelum ini dilaporkan mendakwa tiada peruntukan undang-undang yang menghalang mereka menawarkan perkhidmatan tersebut.

Liow berkata Kementerian Pengangkutan mencadangkan agar teksi mini diperkenalkan sebagai ‘last mile transportation’ untuk perkhidmatan jarak dekat dari stesen transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM Komuter dan transit aliran massa (MRT) ke kawasan perumahan.

Teksi mini dengan kenderaan berkuasa rendah iaitu 1,000 CC ke bawah boleh digunakan untuk menghantar pengguna pengangkutan awam ke rumah masing-masing, katanya.

“Kita juga menyeru penduduk mengadakan pengangkutan untuk membawa penumpang dari stesen keretapi. Mereka perlu mendaftar dengan SPAD. Kita menggalakkan pengangkutan sambungan untuk meningkat pengangkutan awam kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiDego Rideundang-undang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

Penjawat Awam Tertakluk Pematuhan Undang-Undang Sedia Ada, Surat Aku Janji – AGC

23/07/2025
0

SHAH ALAM - Penyertaan penjawat awam dalam perhimpunan awam adalah tertakluk kepada pematuhan undang-undang sedia ada, termasuk arahan daripada pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd