• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stacy Berdebar Menanti Kelahiran Anak Sulung

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Stacy yang pertama kali berbadan dua nyata berdebar menghitung hari saat-saat untuk melahirkan cahaya mata pertamanya.

Stacy atau nama baharunya, Ummu Shaikhah Stacy Anam kini sedang menunggu masa untuk bersalin selepas usia kandungannya sudah mencapai 37 minggu.

Berita Harian melaporkan, keadaan penyanyi lagu Pelangi Senja ini mengikut nasihat ramai agar lebih banyak berjalan bagi memudahkan proses bersalin.

“Saya panik apabila memikirkan bila-bila masa saja boleh bersalin dan berdebar-debar sehingga tidur pun tak lena. Kadang-kadang menjelang pagi baru dapat melelapkan mata,” katanya.

Menerusi laman Instagram, Stacy turut memuat naik keadaan perutnya yang semakin sarat.

“Baru perasan sekarang ni berjalan macam kangkang, berat perut mungkin ni hahahaha..,” tulisnya yang berkongsi gambar bersama Akim ketika membeli belah.

Stacy Berdebar Menanti Kelahiran Anak Sulung

Stacy dan penyanyi, Akim Ahmad mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah.

Sebelum berkahwin, Stacy telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Bella yang kini sudah berusia enam tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anakmelahirkanmengandungStacy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

Puad Dakwa Anak Beliau Bekas Pemimpin Pelajar, Terlatih Dan Terbimbing

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Bekas pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan anaknya merupakan seorang bekas pemimpin pelajar. Beliau turut...

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

Puad Dakwa Anak Beliau Terlatih – “Salahkah Saya Mencadangkannya?”

25/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan adakah menjadi satu kesalahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd