• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat India Di Luar Negara Dikecualikan Visa Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Warganegara India yang kini menetap di luar negara turut menikmati faedah pengecualian visa apabila melancong dan berkunjung ke Malaysia, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri berkata keputusan Kabinet untuk mengecualikan visa kepada pelancong dari India sebelum ini sewajarnya diberikan juga kepada rakyat negara itu yang menetap di luar India dalam usaha menggandakan jumlah kemasukan pelancong kumpulan itu.

“Kita mengalu-alukan kedatangan mereka ke Malaysia sebagai pelancong. Ini akan memberikan sumbangan pendapatan tukaran asing kepada negara kita melalui peningkatan jumlah kemasukan pelancong,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berada di sini bermula semalam bagi lawatan kerja empat hari ke Qatar atas undangan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Qatar Sheikh Abdullah bin Nasser bin Khalifa Al Thani.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bagaimanapun pengecualian itu tidak bermakna kerajaan melonggarkan tahap keselamatan sebaliknya mereka perlu juga melalui tapisan keselamatan kemasukan melalui Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) di lapangan terbang atau pintu masuk negara.

Menurutnya kelonggaran itu pasti menjadi daya penarik khususnya kepada kira-kira 500,000 rakyat India yang berada di Qatar sebagai ahli perniagaan, pengurusan profesional dan kumpulan teknikal untuk mengunjungi Malaysia selepas ini.

Ahmad Zahid berkata selaku pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pelancongan, antara misinya ke Qatar adalah untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara ini ke Malaysia berikutan terdapat penurunan ketara bilangan pelancong sejak beberapa tahun lepas.

“Pada tahun lepas, cuma 5,000 pelancong sahaja dari Qatar direkodkan. Kita perlu tingkatkan usaha menarik lebih ramai pelancong dari Asia Barat melalui sokongan dan kerjasama syarikat dan ejen-ejen pelancongan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata beliau juga berhasrat untuk meningkatkan  bilangan  penerbangan daripada rantau ini ke Malaysia yang juga menyaksikan penurunan akhir-akhir ini, melalui kerjasama syarikat dan ejen pengendalian pakej umrah.

“Ini saya akan bincang dengan syarikat dan ejen pakej umrah ketika berada di sini,” katanya.

Timbalan perdana menteri berkata dalam tempoh kunjungannya ke Qatar beliau juga akan mengadakan perbincangan dua hala dengan kepimpinan negara ini dalam usaha untuk meningkatkan dagangan kedua-dua negara.

Katanya dalam tempoh dua tahun lepas jumlah dagangan kedua-dua negara menyaksikan penyusutan yang antaranya berpunca daripada penurunan harga minyak dan gas hingga menjejaskan kedua-dua negara.

“Saya berhasrat untuk menterjemahkan komitmen yang dibuat sebelum ini dilaksanakan bagi meletakkan semula Qatar sebagai sebuah negara yang mempunyai potensi yang amat penting kepada Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sehubungan itu beberapa perjanjian yang masih di peringkat draf yang diusahakan oleh majlis perniagaan kedua-dua negara akan dimuktamadkan secepat mungkin.

Katanya selain perjanjian melibatkan industri pelancongan dan pelaburan, perjanjian melibatkan pertukaran maklumat keselamatan, pertahanan dan pertukaran dan latihan pegawai juga akan dilaksanakan.

Ahmad Zahid juga berkata berikutan Qatar terpilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan Piala Dunia Fifa 2022, syarikat dari Malaysia juga berpotensi untuk terbabit dari sudut perbekalan barangan dan peralatan yang diperlukan Qatar bagi menjayakan temasya sukan berprestij itu.

Pada lawatan ini, Ahmad Zahid menghadap Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani dan kemudiannya mengunjungi Sheikh Abdullah.

Lewat hari ini, beliau akan menghadiri majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di sebuah hotel di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiVisa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd