• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Qatar Beri Dana Khas Bantu Pelarian Rohingya Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
07/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Qatar kini antara negara Islam terbaru tampil menyatakan ikrar memberikan penajaan dana untuk menyokong Malaysia dalam melaksanakan projek kemanusiaan membantu pelarian Rohingya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Qatar bersetuju untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi membiayai usaha membantu rakyat Rohingya yang berada di Malaysia.

Melalui kerjasama itu, katanya, Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) akan menyalurkan bantuan kewangan kepada pelarian Rohingya yang mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata dana tersebut akan digunakan untuk pelaksanaan tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya dan skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.

“Persetujuan menyalurkan dana ini adalah respons positif Qatar terhadap usaha berterusan Malaysia menangani isu-isu mengenai Rohingya,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Qatar, malam tadi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) diberi tanggungjawab sebagai penyelaras projek bantuan itu bersama-sama beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Menurutnya, komitmen Qatar itu diperolehi hasil daripada beberapa siri perjumpaan beliau dengan pucuk pimpinan negara itu.

Katanya, selepas tamat latihan separa mahir dan mahir, pelarian berkenaan diberi peluang bekerja di sektor perkilangan dan perladangan di Malaysia untuk tempoh masa tertentu sementara menunggu konflik di kampung halaman mereka selesai.

Menurutnya, Qatar juga meminta supaya jalinan kerjasama dibuat dengan beberapa NGO yang dikendalikan oleh rakyat Myanmar di Malaysia dalam menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah dan sekolah rendah untuk anak-anak Rohingya.

“Perjalanan sekolah ini hendaklah mengikut silibus sistem pendidikan Myanmar sekarang dengan tujuan apabila konflik yang berlaku di negara itu tamat, anak-anak ini dapat melanjutkan pelajaran menggunakan silibus sama,” katanya.

Selain itu, katanya, Qatar juga meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik.

Menurutnya, QDF akan membiayai bayaran premium insurans itu dan kemudahan itu hanya khas kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Malaysia.

Malaysia selama ini menjuarai usaha membantu nasib minoriti rakyat Rohingya di Myanmar daripada terus menjadi mangsa diskriminasi oleh kerajaan negara itu.

Terbaru, Malaysia menganjurkan misi menghantar Flotila bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar oleh lebih 25 NGO Malaysia dan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiRohingya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd