• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proton Iriz Tembusi Pasaran Indonesia

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd, menerusi unitnya di Indonesia, PT PROTON Edar Indonesia (PEI), melancarkan model hatchback kompak terbaharunya, Proton Iriz, di beberapa bandar di republik itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan berkata, Indonesia adalah pasaran penting bagi pengeluar kereta nasional itu.

“Bukan sahaja kita dapat mengekalkan hubungan erat kerajaan kepada kerajaan sebagai ahli-ahli yang mengasaskan pertubuhan ASEAN, tetapi juga kita berkongsi pelbagai persamaan dari segi budaya, rakyat, bahasa dan keadaan cuaca,” katanya.

Ahmad Fuaad berkata Indonesia merupakan negara kedua selepas Brunei mengimport kereta tersebut.

Beliau berkata dua varian berbeza disediakan untuk pasaran Indonesia, iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard, masing-masing berharga IDR 175,250,000 dan IDR185,283,000 (RM1=IDR 2996.52).

PEI mempunyai sejumlah 25 rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan di Indonesia, dan para pelanggan boleh datang dan melihat sendiri Proton Iriz di kesemua bilik pameran bermula 20 Feb.

Sejak diperkenalkan, Proton Iriz telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan daripada industri automotif di Malaysia. Antaranya, penarafan lima bintang daripada ASEAN New Car Assessment Programme.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi mana-mana pengedar di setiap bilik pameran di seluruh Indonesia atau melayari laman web PEI di www.proton-edar.co.id. – BERNAMA

Tags: IndonesiaProton Iriz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd