• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilihan Raya Sarawak Aman, Tanpa Kejadian Buruk

oleh AK-47
17/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUNDU – Pilihan raya di Sarawak, sama ada pilihan raya umum atau kecil, sentiasa berlangsung dalam suasana aman, tanpa kejadian tidak diingini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata ini kerana rakyat negeri itu mengutamakan keharmonian kaum dan agama serta semangat perpaduan.

“Semua pilihan raya yang diadakan di negeri ini sebelum ini berlangsung dalam suasana aman dan tenteram, dan seperti biasa, tiada kejadian tidak diingini dilaporkan sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil Tanjong Datu ini setakat ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui selepas taklimat akhir dan pemeriksaan semua peralatan untuk 25 pasukan pengundian menjelang hari pengundian esok.

Katanya SPR juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kain rentang yang mengandungi unsur-unsur provokatif.

“Kami serahkan kepada orang ramai untuk memantau kain rentang sedemikian,” katanya.

Pilihan raya kecil Tanjong Datu diadakan susulan kematian penyandang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang juga ketua menteri kelima Sarawak pada 11 Jan lalu akibat komplikasi jantung.

Balunya Datuk Amar Jamilah Anu, 61, diberi kepercayaan oleh Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi itu dan beliau ditentang oleh calon-calon daripada Parti Bansa Dayak Sarawak Baru serta Parti Reformasi Negeri.

Mengulas isu lain, Mohd Hashim berkata SPR meningkatkan usaha mendaftarkan pengundi baharu dan menyediakan 14 karavan untuk dikerah ke kawasan terpencil di seluruh negara.

“Kami ada pegawai-pegawai muda yang sangat komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.

Beliau juga menyeru semua pengundi yang berdaftar memanfaatkan pilihan raya yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau kerajaan yang mereka ingini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd. Hashim AbdullahPilihan RayaSPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Qatar Development Fund Untuk Etnik Rohingya Diselaras

Next Post

Sindiket Proses Pil Ekstasi Terbesar Di Selangor Tumpas

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Sindiket Proses Pil Ekstasi Terbesar Di Selangor Tumpas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd