• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Garis 3 Resepi Kejayaan Pada Pilihan Raya Umum

oleh
12/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menggariskan tiga resepi kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang – keazaman, semangat pasukan dan strategi yang tepat.

Menggunakan analogi kejayaan pasukan Baiduri dari Perak yang muncul juara acara badminton sempena program tahunan isteri wakil-wakil rakyat BN di sini pada sabtu, perdana menteri berkata tiga resepi itu perlu menjadi panduan dan asas untuk mencapai kejayaan.

“Menang atau kalah dalan badminton itu soal kedua, (sebenarnya) yang penting menang pilihan raya,” katanya ketika berucap pada majlis penutup program itu.

Baiduri, Badan Amal dan Usaha Negeri Perak, yang diwakili isteri wakil-wakil rakyat BN Perak, muncul juara badminton berpasukan selepas menewaskan pasukan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

“Saya melihat kejayaan Baiduri menang, kita mesti jadikan panduan…kita mesti ada perasaan nekad, keazaman untuk mencapai kejayaan. Ada keazaman, InsyaAllah akan mencapai kejayaan.

“Yang kedua, semangat sepasukan yang saya lihat begitu padu, (ia seperti) satu keluarga, satu ikatan yang tidak boleh dirungkai-rungkaikan oleh sesiapa dan ketiga untuk mencapai kejayaan, kita perlulah mempunyai strategi,” katanya.

Turut hadir, isteri beliau merangkap Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; dan beberapa menteri, timbalan menteri serta menteri besar.

Program tahunan itu bermula sejak 7 Februari lepas dan disertai 14 badan amal isteri wakil-wakil rakyat dari seluruh negara.

Najib turut meminta isteri wakil-wakil rakyat BN memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membantu rakyat.

“Menerusi badan amal dan isteri wakil-wakil rakyat ini, kerja kebajikan merupakan satu lagi saluran membantu rakyat yang dilanda musibah seperti banjir dan sebagainya,” kata beliau.

Beliau berkata sekiranya isteri wakil-wakil rakyat boleh menjayakan peranan itu dan mempamerkan wajah yang prihatin terhadap rakyat, ia boleh menyumbang kepada kejayaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu pada program petang tadi, Najib menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan badminton dan boling yang merupakan dua acara dipertandingkan pada program tahunan itu. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalNajib Tun RazakPilihan Raya UmumPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd