• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemadam Tubuh J/K Khas Kaji Perangi Ancaman Dadah

oleh AK-47
22/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji peranannya sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memerangi ancaman dadah di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ini termasuk mengkaji semula perlembagaan PEMADAM sama ada perlu membuat pindaan baharu.

“Ketika ini AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) dipertanggungjawab terhadap penagih, dahulu polis pun terlibat, aktiviti kesedaran, pencegahan tanggungjawab PEMADAM bersama AADK.

“Kita perlu masuk eleman baharu dalam PEMADAM kerana sifat dadah telah berubah selain aktiviti pengedaran juga berubah,” katanya pada majlis penyerahan tugas yang dipertua Pemadam di sini hari ini.

Nur Jazlan dilantik sebagai Yang dipertua PEMADAM ke-6 menggantikan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum.

Dalam pada itu, Mohd Johari berkata usaha membanteras ancaman dadah tidak seharusnya dipikul oleh Kementerian Dalam Negeri semata-mata malah juga beberapa kementerian lain.

Beliau berkata Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu sama-sama membantu membasmi gejala dadah dalam mesyarakat secara keseluruhan.

“Memandangkan gejala dadah juga menular di kalangan belia, Kementerian Belia dan Sukan patut melibatkan Kementerian Pendidikan tentang bahaya dadah di peringkat sekolah.

“Masalah dari rumah adalah peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana ia melibatkan ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata kerajaan telah melakukan usaha serta langkah yang terbaik untuk memerangai gejala dadah sejak 1983 dengan meletakkan dadah sebagai musuh nombor satu negara. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Nur Jazlan MohamedNGOPEMADAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd