• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Keluarkan Kata-Kata Jelik Terhadap TMJ

oleh Ahmad Albab
09/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis hari ini menahan seorang lelaki dipercayai individu yang bertanggungjawab mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 29 tahun terbabit ditahan kira-kira 3.50 petang tadi di hadapan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bharu, Kelantan, selepas polis bertindak atas satu laporan, semalam.

“Polis kontinjen Johor menerima satu laporan pada 1.25 tengah hari semalam berhubung penyebaran satu rakaman video melalui Facebook yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku Mahkota Johor.

“Penyebaran video tersebut merupakan satu perkara yang boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata berikutan penahanan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, beliau berkata polis Johor menasihati orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa rakaman video bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakiti hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain.

Beliau berkata pihaknya turut mengingatkan orang ramai bahawa polis tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat. – BERNAMA

Tags: hina TMJlelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd