• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara Digesa Hormati Undang-Undang Malaysia

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDUNG – Korea Utara digesa supaya menghormati kedaulatan undang-undang Malaysia dalam siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan negara itu tidak harus mempersoalkan kredibiliti siasatan yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita hormati budaya dan hak asasi yang ada pada seseorang dan dalam waktu yang sama kita mengikut amalan diplomatik dan proses diplomasi antarabangsa.

“Perundangan sesebuah negara harus dihormati dan inilah yang diamalkan oleh Malaysia dan kita juga menghormati undang-undang negara lain jika terdapat warga Malaysia yang terlibat dengan aktiviti jenayah dan melakukan kesalahan membabitkan negara itu,” kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Zahid berada di Bandung bagi menghadiri Forum Penyiaran Antarabangsa Negara-negara Kerjasama Islam di sini hari ini.

Baru-baru ini Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol mencadangkan siasatan berhubung punca kematian Jong-nam dilakukan dengan kerjasama pihaknya dan PDRM atas alasan untuk mendapat keputusan yang lebih menyeluruh berhubung bedah siasat mayat.

Kang Chol turut mendakwa kononnya Malaysia cuba untuk menyembunyikan sesuatu yang memerlukan lebih banyak masa dan bersekongkol dengan ‘kuasa-kuasa seteru’ yang berniat jahat terhadap mereka.

Beliau telah dipanggil ke Wisma Putra untuk memberi penjelasan lanjut.

Pada 13 Februari, Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dua orang wanita dikatakan menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Ahmad Zahid menekankan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang agenda dengan mana-mana warganegara asing mahupun mana-mana negara malah PDRM juga telah meminta kerjasama polis Interpol untuk mencari rangkaian di belakang kes pembunuhan itu.

Menteri dalam negeri itu berkata Malaysia yakin mana-mana negara pun mengamalkan sistem perundangan dan perbicaraan yang sama dan menghormati perbezaan pendapat.

Tetapi ia tidak bermakna Malaysia tertakluk kepada pendapat yang berbeza, katanya.

Mengenai keretakan hubungan diplomatik apabila Malaysia memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan, timbalan perdana menteri berkata ia adalah proses biasa dalam hubungan diplomatik.

“Kita ada perjanjian persefahaman bersama bantuan perundangan, kita juga ada perjanjian pertukaran antarabangsa dan itu adalah perkara yang menjadi keutamaan (dalam hubungan diplomatik),” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKim Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd