• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Nafi Surat Isu Dadah Strawberi Di Sekolah

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tular menerusi media sosial apabila sekeping surat mengenai pengedaran dadah baharu dikenali sebagai ‘strawberry quick’ yang konon berleluasa di kebanyakan sekolah.

Surat yang ditandatangani Pemangku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kementerian Pendidikan, Said Salleh memaklumkan kepada semua pengetua, guru besar dan maktab untuk meningkatkan kewaspadaaan.

Ia berhubung isu pengedaran dadah terbaharu berkenaan di sekolah yang tidak begitu disedari banyak pihak kerana dikatakan seperti gula-gula berperisa strawberi sehingga menyebabkan ramai pelajar menjadi penagih.

“Dengan hormat sukacita dipohonkan cikgu mengambil maklum dan meningkatkan kewaspadaan mengenai perkembangan sejenis dadah terbaru iaitu strawberry quick.

“Sila mengambil tindakan yang lebih wajar mengekang penyebarannya terutama di sekolah,” tulis kenyataan tersebut yang bertarikh 26 Januari 2017 lengkap dengan nombor rujukan fail.

Kementerian Nafi Surat Isu Dadah Strawberi Di Sekolah

Lucunya surat yang dikeluarkan pada 26 Januari lalu menggunakan tajuk dalam bahasa Inggeris iaitu ‘Awareness to the parents’ ‘New Drugs in School’. (Kesedaran kepada ibu bapa, dadah baharu di sekolah).

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun Facebooknya, menafikan pihaknya pernah mengeluarkan memorandum kepada pengethua dan guru besar berhubung pengedaran dadah baharu itu.

Nyata, perkongsian surat palsu tersebut mendapat respon daripada netizen yang sudah terang menganggap surat berkenaan palsu kerana banyak kesalahan dari segi tatabahasa dan ejaan.

Menerusi ruangan komen, netizen nyata tidak percaya memo berkenaan kerana surat rasmi tidak ditulis dalam keadaan demikian dan sudah pasti ia lebih teratur dengan penggunaan bahasa yang betul. -MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahKementerian PendidikanSekolah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Pegawai Kanan Felda Bebas Tahanan Reman

Next Post

Shell Malaysia Lancar Minyak Skuter Baharu

Related Posts

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

Next Post

Shell Malaysia Lancar Minyak Skuter Baharu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd