• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pegawai Kanan Felda Bebas Tahanan Reman

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua bekas pegawai kanan Felda, seorang daripadanya bergelar ‘Datuk’ yang direman sejak 25 Januari berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta, dibebaskan hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membebaskan kedua-dua individu tersebut dengan jaminan SPRM RM400,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mereka ditahan di lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang bersama-sama tiga lagi individu antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari pada 24 Jan lepas menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

Sebelum ini kelima-lima mereka direman selama seminggu mulai 25 Januari sehingga 31 Januari lepas.

Bagaimanapun tiga daripada mereka dibebaskan pada 31 Januari manakala dua bekas pegawai kanan itu disambung reman selama tiga hari mulai 1 Februari. – BERNAMA

Tags: remanSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd