• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

oleh Mohd Arshad
21/06/2025
dalam Utama & Sensasi
0
Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu sampingan, tetapi memuncak menjadi krisis nasional.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata penyalahgunaan dadah dan vape dicampur nikotin tidak boleh dipandang ringan kerana menjadi permulaan kepada ketagihan serta masalah sosial lain.

“Ia turut menjadi punca kepada kemerosotan kesihatan mental, keciciran sekolah, perlakuan jenayah dan dalam sesetengah kes, menyebabkan masalah kesihatan tidak boleh dipulihkan atau mengakibatkan kematian.

“Malah, jika belia kita terus dibiarkan menjadi mangsa kepada ancaman ini, masa depan negara dan keharmonian masyarakat akan tergugat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan kebimbangan terhadap aliran peningkatan penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu.

Beliau menegaskan, perkara itu dilihat sudah membarah dan perlu penyelesaian segera agar tidak menjadi lebih serius.

Lam Thye berkata, tumpuan tidak boleh berlandaskan kempen kesedaran semata-mata kerana pendekatan sebegitu sudah berlalu.

Katanya, wujud keperluan untuk tindakan tegas dan berkesan termasuk penguatkuasaan lebih ketat terhadap penjualan dan pengedaran produk vape terutama yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja.

“Pihak berkuasa perlu melakukan serbuan berkala dan membuat pemantauan terhadap premis jualan serta platform dalam talian.

“Pensijilan dan peraturan mandatori ke atas semua alat dan cecair vape termasuk pelabelan yang jelas dan amaran kesihatan wajar dilaksanakan.

“Semua produk tidak sah dan tidak mematuhi peraturan mesti diharamkan dan dirampas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa undang-undang dan hukuman yang lebih berat ke atas pihak yang menghasilkan, mengimport dan menjual cecair vape mengandungi bahan larangan atau memasarkan produk kepada golongan bawah umur.

“Intervensi awal dan program pemulihan bagi pelajar dan belia yang terjerumus dengan dadah atau produk vape haram serta program pemulihan harus dilaksanakan seiring dengan tindakan undang-undang.

“Pendekatan menyeluruh masyarakat, membabitkan penyertaan pihak sekolah, ibu bapa, institusi keagamaan, masyarakat sivil dan media untuk membina budaya yang menolak dadah dan vape secara tegas,” katanya.

Katanya, kegagalan bertindak sekarang akan membawa akibat jangka panjang yang amat merugikan.

“Kita akan terus menyaksikan peningkatan bilangan belia yang terjerumus dalam ketagihan. Sistem kesihatan akan dibebani dengan rawatan penyakit berkaitan vape.

“Hal ini akan mengakibatkan sistem pendidikan akan berdepan pelajar yang tercicir akibat penyalahgunaan bahan dan akhirnya, produktiviti serta keharmonian negara akan terjejas,” katanya.

BHonline-

Tags: dadahkrisisvape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

Woi Badigol… Vape Mushroom Tengah Menjahanamkan Anak Bangsa!

20/05/2026
0

MAAF terpaksa guna tajuk kasar macam ini untuk tarik perhatian masyarakat Malaysia yang seolah-olah ambil mudah gejala vape mushroom. Ibarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd