Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

PSMZA Adakan Kempen Derma...

DUNGUN - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini mengadakan kempen derma...

Penduduk Gempar Dakwaan Muncul...

AMPANG JAYA – Penduduk di kawasan Kemensah Height, Hulu Kelang di sini digemparkan...

‘Pendakwaan Saya Satu Bentuk...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Teroka Usaha Tingkatkan Perdagangan,...

SOCHI (Rusia) - Malaysia dan Rusia meneroka usaha untuk mengadakan jalinan perhubungan yang...

Kedudukan Westwood Masih Selamat Setakat Ini

GEORGE TOWN – Kedudukan ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood masih selamat biarpun terdapat desakan yang mahu beliau disingkirkan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari berkata setakat ini kedudukan Westwood masih kekal kerana terikat dengan kontrak, selain tiada keputusan yang diambil sewaktu mesyuarat persatuan itu semalam.

Zairil mengakui semua pemain Pulau Pinang dan barisan kejurulatihannya berdepan tekanan tinggi berikutan tindakan penyokong akibat persembahan hambar skuad itu dalam Liga Super musim ini.

Ini termasuk mengadakan demonstrasi, serangan ke atas pejabat FAP serta menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri.

“Mereka perlu ingat, kami juga mempunyai kekangan. Jika anda mahu pasukan yang kuat dan mampu menewaskan sesiapa, beri kami peruntukan seperti Kedah.

“Kami menguruskan pasukan dengan peruntukan yang terhad, sekali gus tidak mampu mendapatkan pemain terkemuka,” katanya.

Sebaliknya, kata Zairil, apa yang dilakukan adalah untuk mengembangkan bakat pemain tempatan agar dapat menjadi pemain kebangsaaan satu hari nanti.


Menurutnya, lebih daripada separuh pemain Pulau Pinang berusia di bawah 22 tahun dan tindakan penyokong memberi kesan emosi kepada pemain muda ini.

“Tindakan mengeji pasukan dan pemain tidak akan membawa kebaikan, apa lagi ada pemain yang disasarkan secara peribadi. Kami berharap penyokong akan sentiasa bersama kami khususnya pada waktu sukar seperti ini,” katanya.

Zairul berkata beliau tetap mengambil kira kritikan yang membina dalam memorandum yang diserahkan kepada kerajaan negeri pada Jumaat lepas dan pada masa sama menegaskan tiada siapa dalam FAP mahukan keputusan yang buruk.

“Perlawanan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Batu Kawan, esok adalah sangat penting untuk pasukan selepas tewas enam perlawanan berturut-turut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pulau Pinang kini menduduki tangga tercorot Liga Super selepas tewas dalam semua enam perlawanan mereka dan satu-satunya kemenangan skuad Harimau Kumbang setakat ini adalah menewaskan MPKB-BRI U-Bes 1-0 dalam saingan Piala FA. – BERNAMA

Kategori