• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Wi-fi Percuma Di P.Pinang Dihentikan

oleh
20/01/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERKHIDMATAN wifi percuma di negeri ini atau ‘Penang Free Wi-fi’ (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya yang kurang memuaskan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata Kerajaan Negeri kini dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan sedia ada memandangkan kelajuannya tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan dan jumlah penggunaannya.

“Pada kelajuan sedia ada, PFW kini berkelajuan 512 kbps bagi setiap AP (access point) manakala kelajuan keseluruhannya pula 375 mbps.

“Jadi, untuk kelajuan PFW akan datang kita akan tingkatkan kepada 1.5 gbps dengan minimum 1,560 APs yang bermaksud 2 mbps setiap AP dengan kemampuan menampung 50 orang pengguna pada setiap masa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan HMC Clinic di Solaris Square semalam.

Beliau berkata perkhidmatan PFW sedia ada hanya mampu menampung 30 pengguna bagi satu-satu masa dan jumlah maksimum penggunaannya ialah 46,800 orang.

“Dari tahun 2009 ia dilancarkan sehingga kini, terdapat lebih 670,000 jumlah login,” katanya.

Zairil berkata Kerajaan Negeri memutuskan perkhidmatan PFW diteruskan secara ‘co-branding’ melalui penawaran secara permohonan cadangan (RFP) yang dijangka dimulakan pada suku pertama tahun ini.

Beliau berkata tujuan penawaran melalui RFP itu untuk menggalakkan idea kreatif dan inovatif daripada syarikat yang telibat dalam pembangunan jaringan infrastruktur telekomunikasi selain meningkatkan pengalaman pengguna.

“Ia juga seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menuju Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa dan Visi Penang 2030: A family-focused Green and Smart State to Inspire the Nation,” katanya yang turut mengumumkan Syarikat PDC Telecommunication and Services Sdn. Bhd. sebagai agensi pelaksana RFP.

Menurut beliau, perkhidmatan PFW yang baharu akan diumumkan pada Julai ini.

PFW dilancarkan pada 2009 oleh Kerajaan Negeri dengan jumlah AP sebanyak 1,560 di 40 kawasan Dewan Undangan Negeri. – BERNAMA

Tags: percumaPulau Pinangwi-fiZairil Khir Johari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

Pesta Hantu Lapar Jadi Warisan Pulau Pinang, Identiti Asal Negara Akan Tenggelam – Aminuddin

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya melahirkan kekesalan terhadap apa yang disifatkannya sebagai semakin banyak kebudayaan dan kesenian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd