• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Ke Pusingan Kelayakan Akhir Liga Juara-Juara Asia

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menang tipis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Thailand, Bangkok United pada pusingan kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani, malam tadi.

Perlawanan berkenaan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, termasuk ketika masa tambahan 30 minit.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sehingga tamat 90 minit permainan sehingga ia dilanjutkan ke masa tambahan.

Kapten JDT, Safiq Rahim membuka tirai jaringan pada minit ke-108 sebelum pemain gantian, Jaycee John Okwunwanne menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan.

Terdahulu, JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain importnya dari Argentina, Jeronimo Barrales dilayangkan kad merah oleh pengadil setelah mengasari pemain tuan rumah pada minit ke-110.

Cabaran sebenar menanti JDT apabila dijadual menentang kelab Liga Jepun, Gamba Osaka pada aksi pusingan kelayakan akhir di Stadium Suita City, Osaka, Jepun pada 7 Februari ini.

Sekiranya menang, skuad Harimau Selatan akan beraksi dalam Kumpulan H ACL bersama tiga pasukan lain – Adelaide United dari Australia, Jiangsu Suning (China) dan Jeju United (Korea Selatan).

JDT akan turun semula beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sekiranya tewas kepada Gamba Osaka. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd