• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Janji Beri Aksi Terbaik Bertemu Kelab Kemboja

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kekecewaan layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) mahu diketepikan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini mengalih tumpuan untuk kembali menjulang Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia).

Malah JDT, juara edisi 2015, mahu menunjukkan kesungguhan mereka dengan memberi aksi terbaik apabila berdepan kelab Kemboja, Beoung Ket Angkor FC dalam saingan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini, malam esok.

Bagi ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora, kekalahan kepada Gamba Osaka dari Jepun dalam perlawanan play off ACL awal bulan ini, bukan halangan untuk mereka menempa kejayaan dalam saingan Piala AFC.

“Skuad ini semakin meningkat dalam aspek serangan serta bertahan, dan corak permainan juga kian berkembang dari sehari ke sehari.

“Esok pasti satu cabaran untuk kami kerana ini adalah penampilan pertama lawan dan tentunya mereka mahu memberikan yang terbaik,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan itu di sini hari ini.

JDT tidak dapat menurunkan pemain sayap, Azammudin Mohd Akil berikutan kecederaannya tetapi Mora mempunyai pemain lain yang mampu mengisi posisinya.

Mora juga berkata pihaknya telah mengkaji segala kemungkinan dan latar belakang pasukan-pasukan yang bakal berdepan dengan JDT bagi mengenal pasti kelemahan, sekali gus memantapkan lagi pasukan JDT sendiri.

“Kami perlu menang kerana ia memberi keseronokan kepada penyokong dan mendatangkan kegembiraan di stadium sendiri,” katanya.

Sementara itu, kapten JDT, Safiq Rahim berkata kekalahan kepada Perak dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu diharap dapat menjadi pengajaran untuk mengatasi kekurangan yang ada.

“Saya lebih risau dengan pasukan sendiri, bagi saya kalau kami dapat beri persembahan yang baik, tentunya tidak akan ada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Beoung Ket Angkor FC, Anthony John McGlynn berkata beliau mempunyai keyakinan tinggi terhadap pasukan yang dibimbingnya walaupun baru pertama kali tampil menyertai saingan Piala AFC.

“Kami akui di atas kertas, JDT lebih terkenal, jadi untuk mendapat satu mata berharga juga sudah dikira naik. Kami sedar akan berdepan perlawanan yang sukar tetapi dalam bola sepak semuanya berkemungkinan,” katanya. – BERNAMA

Tags: JDTPiala AFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

JDT Bukan Sekadar Sukses Di Padang Bola, Tapi Di Litar Lumba Dan Gelanggang Bola Jaring

15/06/2026
0

KEJAYAAN Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak lagi terhad kepada bola sepak. Hampir setiap bidang sukan disertai menjulang prestasi. Menjadikan JDT...

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd