• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Silap Langkah Pilih Parti Serpihan – Datu Nasrun

oleh Ahmad Albab
05/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Penduduk Lahad Datu dinasihatkan agar tidak tidak membuat pilihan yang salah dengan memilih parti serpihan pembangkang semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ia merugikan diri mereka dan boleh menggadai masa depan kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata penubuhan parti serpihan pembangkang ini hanya untuk mengelirukan rakyat dengan persepsi negatif dan janji-janji manis untuk meraih sokongan.

“Tidak seperti UMNO, matlamat UMNO adalah memperjuangkan isu sejagat, memperjuangkan agama Islam, mempertahankan raja-raja dan memperjuangkan hak-hak Bumiputera Melayu.

“Tetapi penubuhan parti-parti kecil (pembangkang) ini tujuannya hanya diketahui oleh presidennya sendiri dan ahlinya juga tidak faham kewujudan parti berkenaan,” katanya pada Majlis Pemimpin bersama Rakyat di Kampung Sharif di sini, semalam.

Beliau yang juga anggota Parlimen Silam berkata, sejak 10 tahun lalu kerajaan Barisan Nasional (BN) terus membawa kemajuan pembangunan terhadap daerah Lahad Datu sejajar dengan prinsip UMNO untuk membela nasib rakyat dan memperjuangkan kepentingan masyarakat di sini.

“Lahad Datu sedang menikmati kepesatan pembangunan, pelebaran jalan raya iaitu Jalan Silam dan Jalan Segama, Dewan Serbaguna, kompleks sukan, pertambahan lampu isyarat dan beberapa kemajuan lain yang sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 ini termasuklah projek-projek lain seperti Lebuh Raya Pan Borneo Lahad Datu Bypass” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri...

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd