• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAKOA Tidak Lepas Tangan Isu Orang Asli Gua Musang

oleh Ahmad Albab
11/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak pernah lepas tangan dalam isu membabitkan soal kebajikan masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.

Sebaliknya, Ketua Pengarah JAKOA, Mohd. Jamalludin Kasbi berkata jabatan itu sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat seperti Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) dan Ketua Polis Daerah Gua Musang bagi mengurai kekusutan yang timbul.

“JAKOA berperanan menjaga kebajikan Orang Asli dan kita seharusnya dimaklumkan untuk membantu tetapi dalam isu di Kelantan ini, kita tidak dilibatkan…kadang-kadang mereka (masyarakat Orang Asli) bertindak secara sendiri.

“Sebagai jabatan yang diberi kuasa, kita ada peraturan dan kita juga patuh kepada peraturan jabatan lain dan kerajaan negeri. Kita tak boleh laksanakan mengikut apa yang kita suka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kemelut di Gua Musang yang melibatkan masyarakat Orang Asli yang mendakwa mereka semakin terancam akibat aktiviti pembalakan sehingga mendirikan halangan di laluan masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Balah, sejak September tahun lepas.

Dalam pada itu, Mohd Jamalludin berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan setiap kerajaan negeri bagi memastikan nasib dan kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini terus mendapat pembelaan sewajarnya.

“Setakat ini kita mendapat kerjasama yang cukup baik cuma kita mengharapkan kerjasama itu akan dapat dipertingkatkan pada masa akan datang. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang memandang serius kebajikan Orang Asli dan setakat ini telah banyak tanah-tanah yang telah wartakan.

“Bagi yang tidak diwartakan, sekurang-kurangnya berilah keizinan kepada Orang Asli untuk terus tinggal di situ bagi meneruskan hidup mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri program ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ yang dianjurkan Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kampung Tering, Johol di sini yang turut disertai kira-kira 1,400 pemimpin masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan dan Melaka.

Program sehari itu diadakan bagi mendidik dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkaitan rasuah. – BERNAMA

Tags: JAKOAOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd