• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia, Vietnam Sedia Beri Bantuan Guaman

oleh AK-47
23/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia dan Vietnam menggesa Malaysia supaya memberikan akses bantuan guaman kepada rakyat negara itu yang ditahan berhubung dakwaan pembunuhan Kim Jong-nam, saudara tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Perkara itu dirundingkan semalam ketika para Menteri Luar dari ketiga-tiga negara bertemu di Mesyuarat Para Menteri ASEAN di Boracay, Filipina.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Ehwal Luar Indonesia menyatakan menterinya Retno Marsudi sudah mengingatkan rakan sejawatannya di Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman bahawa akses bantuan guaman perlu diberikan segera menurut Konvensyen Vienna.

Retno berkata bantuan guaman bagi suspek masih diperlukan, meskipun kakitangan kedutaan dan para peguam sudah bertemu dengan para penyiasat Malaysia dan menerima maklumat tentang keadaan rakyat Indonesia yang ditahan, iaitu Siti Aisyah.

Bantuan guaman juga boleh membantu memudahkan komunikasi antara para penyiasat dengan Siti Aisyah.

Siti Aisyah, 25 tahun, adalah salah seorang daripada dua wanita yang dituduh memintas Kim Jong-nam pada Isnin lalu semasa beliau bersiap sedia menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.

Sejenis bahan kimia berbahaya didakwa disembur ke arah mangsa namun seminggu selepas insiden tersebut, pihak berkuasa Malaysia masih belum dapat mengenal pasti punca kematiannya.

Seorang lagi wanita yang ditahan, adalah rakyat Vietnam Doan Thi Huong.

Anifah berkata siastan masih dijalankan dan pihak berkuasa sedang mencuba mengumpulkan bukti-bukti yang mencukupi daripada kedua-dua wanita.

Beliau menambah, di bawah undang-undang Malaysia, selagi proses siasatan sedang dijalankan, suspek tidak boleh berjumpa dengan sesiapa pun kecuali para penyiasat.

Anifah, bagaimanapun, akan bekerjasama dengan polis untuk memastikan bantuan guaman diberikan segera. – Media Corp

Tags: Indonesiakes bunuhKim Jong-NamVietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

Menteri Mohamad Sabu Tunjuk Bakat Masak Kari Di Vietnam

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang diketahui umum sebagai mahir dalam masakan menunjukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd