• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia ‘Ragui’ Identiti Warganegara Siti Aisyah

oleh AK-47
16/02/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suspek wanita kedua yang ditahan polis pada Khamis berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un telah pun disahkan sebagai warganegara Indonesia.

Berikutan laporan itu, Kementerian Luar Indonesia sedang berusaha mengesahkan kerakyatan seorang wanita menggunakan pasport republik itu.

Pasport suspek kedua kes pembunuhan Kim Jong-nam yang dipercayai wanita warganegara Indonesia, Siti Aishah.

Menurut Pengarah Perlindungan Warga Indonesia di Kementerian Luar, Lalu Muhammad Iqbal, pasport yang dirampas polis Malaysia itu itu mungkin hilang atau dicuri memandangkan jutaan rakyat negara itu bekerja di negara ini.

“Kami cuba mengesahkan laporan bersama kedutaan di Malaysia sejurus mendengar mengenainya.

“Ini bukan kali pertama rakyat Indonesia dilaporkan melakukan jenayah hanya kerana memiliki pasport negara ini namun kemudian didapati bukan warga kami,” katanya dipetik BHOnline.

Sementara itu, media Indonesia telah bertindak mendedahkan butiran pasport suspek kedua itu dimana memaparkan raut wajah Siti Aisyah.

Menerusi gambar itu, Siti Aisyah dilihat tidak bertudung.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan suspek kedua yang ditahan dikenali sebagai Siti Aisyah, 25, berasal dari Serang.

Maklumat itu diperolehi berdasalkan dokumen perjalanan yang dipegang suspek.

Suspek kedua itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaKim Jong-Nam
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd