• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Malaysia Kongsi Bukti Serangan VX

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRITAIN pada Isnin menggesa Malaysia berkongsi bukti ‘VX Nerve Agent’ yang membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Duta Britain, Matthew Rycroft berkata, maklumat mengenai serangan pada 13 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) perlu dihantar ke Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) di Hague.

“Jika mereka mendapat bukti, mereka perlu menghantarnya kepada OPCW dan kepada Majlis Keselamatan.

“Selepas itu, kita boleh mengambil tindakan selanjuntnya,” katanya.

Rycroft berkata, beliau berharap mana-mana negara, “dalam kes ini Malaysia, dengan potensi bukti sesuatu yang serius seperti ini, akan mengemukakannya secepat mungkin.”

Sementara itu, Duta Jepun, Koro Bessho berkata, terpulang kepada Malaysia untuk membuat keputusan sama ada ia mahu berkongsi maklumat itu.

“Pada dasarnya, kami menunggu Malaysia untuk tampil dengan keputusan yang jelas,” katanya.

Malaysia adalah penandatangan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) yang bertujuan menghapuskan penggunaan agen toksik.

Jumaat lalu, OPCW dalam satu kenyataan berkata: “Pihak berkuasa Malaysia mengenal pasti bahawa ‘VX Nerve Agent’ digunakan dalam pembunuhan di lapangan terbang pada 13 Februari.

“Mana-mana penggunaan senjata kimia amatlah membimbangkan”, katanya.

OPCW turut bersedia untuk menawarkan kepakaran dan bantuan teknikal kepada Malaysia, katanya.

Korea Utara yang tidak menandatangani CWC sudah dikenakan enam sekatan oleh PBB kerana menjalankan ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu balistik. – AFP/myMetro Online

Tags: Kes Bunuh Jong-NamMalaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

Taiwan Tangguh Rundingan Pelaburan Dengan Malaysia Susulan Kenyataan PMX Anwar

11/11/2026
0

TAIPEI - Taiwan mengesahkan pihaknya menangguhkan rundingan pelaburan dua hala dengan Malaysia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

Malaysia Komited Menjayakan Proses Damai Selatan Thailand – Khaled Nordin

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dalam menjayakan Proses Dialog Damai Selatan Thailand bagi memastikan kestabilan dan keselamatan serantau, khususnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd