• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Dicabut Gigi Geraham Meninggal Dunia…

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Siapa sangka hanya kerana hal kecil dan tidak dianggap berbahaya, seorang remaja di Indonesia terpaksa menderita hampir dua tahun sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Putri Asih, 17, yang disahkan menghidap radang gusi (Ginggivatis) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Prof. Dr. Margono Purwokerto, Wilayah Jawa Tengah kira-kira pukul 5.15 pagi Isnin lalu.

Ahli keluarga mangsa mendedahkan, arwah pada mulanya mengalami sakit gigi geraham ketika membuat pemeriksaan di klinik, membuatkan doktor menyarankan agar giginya itu segera dicabut.

Selang beberapa minggu kemudian, bahagian gigi di sekitar gerahamnya pula dilaporkan tertanggal satu per satu.

Keadaan dikatakan semakin teruk apabila bahagian pipi kirinya membengkak seperti bonjolan bisul manakala hidungnya pula melelehkan hingus tanpa henti.

Sejak daripada itu, arwah yang dahulunya dikenali sebagai seorang gadis yang penuh ceria dengan senyuman bertukar menjadi seorang yang lesu, lemah dan badannya kian mengecut.

Keadaan keluarganya serba daif juga menyebabkan Putri tidak menjalani pembedahan yang sepatutnya dijadualkan pada Januari lalu, membuatkan penyakit tumor yang ‘dikendong’  berubah menjadi kanser tahap empat.

Difahamkan, sel tumor pada bahagian gusinya itu mula merebak sehingga ke bahagian hati, membuatkan Putri kehilangan daya untuk bergerak.

Keadaan Putri akhirnya menjadi semakin kritikal apabila bonjolan tumor lamanya itu mengeluarkan nanah sehingga menyebabkan dia akhirnya dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Tags: Indonesiameninggal duniasakit
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, dilaporkan meninggal dunia...

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd