• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi 2 Cermin Mata, Mat Despatch Dipenjara 5 Bulan

oleh Ahmad Albab
23/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang penghantar barang yang mempunyai kesalahan lampau bagi kesalahan mencuri, dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri dua cermin mata.

Majistret Atiqah Abd Karim@Husaini menjatuhkan hukuman itu terhadap Azhar Alang Ghafor, 34, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua cermin mata berjenama Lee Cooper dan Ray Ban milik Proeyes Studio yang bernilai keseluruhan RM1,081.20.

Dia melakukan kesalahan itu di kedai yang terletak dalam Kompleks Beli-belah Subang Parade, Subang Jaya, di sini pada 12.30 tengah hari, 20 Feb lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ilyani Mohd Tamam memohon mahkamah menjatuhkam hukuman setimpal berbentuk pencegahan kepada tertuduh.

“Saya memohon mahkamah mengambil kira faktor tertuduh yang mempunyai satu rekod lampau kesalahan sama pada 2001 iaitu mencuri motosikal,” katanya.

Azhar yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan penanggung utama keluarga dan mempunyai tanggungan anak yang masih kecil. – BERNAMA

Tags: Kes CuriPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd