• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Cuma Mat Tere Saja Sokong Saya” – Annuar

oleh AK-47
12/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Setakat ini cuma Mat Tere saja yang ke depan macam menyokong saya” kata mantan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Justeru, beliau meminta tiada pihak berasa risau dengan tindakannya berani untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau sebaliknya meminta semua pihak melihat tindakannya itu sebagai pelengkap kepada proses demokrasi dalam FAM dan bukan untuk mencabar mana-mana pihak.

“Saya bertanding atau tidak tentunya bukan satu masalah. Saya dicalonkan oleh satu persatuan sahaja. Saya pula tidak ada negeri di bawah perintah saya.

“Malah tidak memiliki apa-apa pasukan dan tiada sebarang jawatan dalam mana-mana badan gabungan FAM.

“Saya juga tiada ‘resources to turn anyone’s dream into reality’. Saya juga orang ‘gagal’. Saya juga orang yang sudah di’cah keting’ sebelum wisel ditiupkan dan sudah direhatkan di luar padang.

“Kalau saya sudah ada 14/20 badan gabungan yang memeterai ikrar, mungkinlah saya boleh dianggap mencabar. Setakat ini cuma Mat Tere saja yang ke depan macam sokong saya. Tu pun kita tau apa jadi pada beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata demikian berikutan kritikan pihak tertentu atas tindakannya bertanding jawatan Presiden FAM yang dianggap sebagai perbuatan mencabar calon lain.

Selain Annuar, tiga lagi nama dicalonkan menjadi Presiden FAM ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Aseh Che Mat.

Senarai akhir calon akan dibentang kepada Exco FAM pada 20 Februari ini bagi menentukan calon yang layak bertanding pada kongres itu sekali gus memilih barisan kepemimpinan baharu untuk penggal 2017-2021.

Annuar dalam pada itu menjelaskan, setakat ini beliau masih calon tunggal yang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden FAM maka tidak timbul beliau mencabar calon lain.

“Bukankah saya seorang saja setakat ini yang sudah setuju menerima pencalonan? Jika nanti ada calon lain terima pencalonan ertinya mereka yang menerima hakikat untuk ada pertandingan,” katanya.

Muhamad Zul Apis Baharom atau lebih dikenali sebagai Mat Tere di Kelantan ditahan polis baru-baru ini kerana didakwa menghina Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Keluarga Mat Tere merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak memanjangkan kes itu kerana mendakwa pemuda berkenaan sebenarnya insan istimewa yang dianiayai pihak tertentu disebabkan kekurangannya.

Sepupunya, Yusrizam Ahmad menjelskan Mat Tere dikategorikan sebagai kurang cerdik dan sering menuruti apa sahaja arahan orang lain tanpa mengambil kira akibatnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Annuar MusaMat Tere
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd