• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Tidak Menentu, Nautical Aliya Dijangka Tiba Lewat

oleh AK-47
07/02/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI ATAS KAPAL ‘NAUTICAL ALIYA’ LAUT ANDAMAN – Keadaan cuaca tidak menentu di Laut Andaman menyebabkan kapal ‘Nautical Aliya’ yang membawa sukarelawan misi kemanusiaan ‘Food Flotilla for Myanmar’ dijangka tiba lewat di Yangon, Myanmar.

Ketua misinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kapal yang pada awalnya dijadualkan tiba pada 8 Februari dijangka tiba lewat sehari – 10.30 pagi, 9 Februari.

Abdul Azeez berkata Nautical Aliya kini bergerak pada kelajuan tujuh knot atau 13 kilometer sejam bergantung kepada keadaan laut.

“Perjalanan lancar setakat ini dan kita sedang melalui Lautan Andaman. Memang kita sedang hadapi pelbagai kekangan antaranya cuaca selain kapal sedang melawan arus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya mengenai persiapan untuk menurunkan bekalan di Yangon, beliau berkata pihaknya dalam proses mengasingkan barang yang akan diturunkan bagi memudahkan pemindahan.

Kira-kira 500 tan metrik barang akan diserahkan di Yangon antaranya beras dan 10,000 kotak kit kebersihan mengandungi barang keperluan kebersihan diri.

“Kita hanya mempunyai masa selama 10 jam di Yangon dan kita dijangka mengambil masa tiga jam untuk mengagihkan kesemua barang ini,” kata Abdul Azeez.

Misi yang masuk hari keempat ini membawa 2,300 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh.

Misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ adalah anjuran Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Ia disertai kira-kira 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil NGO tempatan dan luar negara. – BERNAMA

Tags: 'Food Flotilla For Myanmar'Nautical AliyaRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

17/10/2025
0

Ustaz Mad Kecik Dimmasukkan ke Hospital, Kini Dalam Keadaan Stabil

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd