• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAP Cadang Harga Siling Kelapa Semasa Sambutan Thaipusam

oleh Ahmad Albab
01/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini mencadangkan agar kerajaan mengawal harga siling kelapa semasa perayaan Thaipusam bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) NV Subbarow berkata ia perlu dilaksanakan memandangkan permintaan kelapa yang tinggi setiap kali sambutan Thaipusam.

“CAP percaya kementerian berkenaan dapat mengawal harga siling kelapa seperti memperkenalkan skim kawalan harga pada musim perayaan untuk barang keperluan lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata CAP turut mendapat maklum balas daripada pemborong kelapa di negeri ini yang mendakwa hanya boleh membekalkan kira-kira 200,000 biji kelapa sempena Thaipusam 9 Feb ini sedangkan permintaan boleh mencecah lebih 500,000 biji.

Sementara itu tinjauan di pasar Pulau Tikus dan Batu Lanchang, di sini mendapati kelapa dijual antara RM2 hingga RM2.50 sebiji dan peniaga mendakwa harga itu akan naik lagi sempena perayaan Thaipusam ini.

Seorang pemborong kelapa P.Saravathy, 58, berkata beliau mendapatkan bekalan kelapa dari ladang di Kuala Bertam, Perak tetapi cuaca yang tidak menentu sejak beberapa bulan lepas menyebabkan pokok tidak menghasilkan buah yang banyak.

“Kami hanya dapat mengedar 60,000 biji kelapa pada sambutan Thaipusam tahun ini berbanding 120,000 biji tahun lepas dan kami masih jual dengan harga lama iaitu RM1.80 sebiji,” katanya. – BERNAMA

Tags: kelapa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedudukan Annuar Dalam UMNO Tak Berubah Setakat Ini

Next Post

Malaysia Airlines Lancar Promosi Khas Ke London

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

Polis Rampas 41,000 KG Kelapa Cuba Diseludup Ke Negara Jiran

13/10/2024
0

KOTA BHARU - Polis menumpaskan kegiatan penyeludupan sebanyak 41,000 kilogram (kg) kelapa yang dianggarkan bernilai RM205,000 selepas menahan sebuah treler...

Next Post

Malaysia Airlines Lancar Promosi Khas Ke London

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd