• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Annuar Dalam UMNO Tak Berubah Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai ketua penerangan parti itu setakat ini tidak berubah.

Perdana menteri berkata peluang harus diberi kepada anggota Parlimen Ketereh, Kelantan itu untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berkaitan salah guna kuasa berkaitan penajaan agensi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pasukan bola sepak Kelantan.

“Beliau sanggup disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi diri beliau peluang untuk membersihkan nama daripada sebarang tuduhan.

“Biarlah proses (siasatan) ini berjalan dan kita tidak boleh buat apa-apa tafsiran dan anggapan sehingga proses ini selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai kedudukan Annuar dalam UMNO susulan disiasat SPRM, selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) Paloh Hinai di sini, hari ini.

Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut bertanya khabar kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat itu sejak Isnin lepas. Terdapat 74 mangsa banjir daripada 19 keluarga ditempatkan di situ.

Mara semalam menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan sebulat suara berhubung penggantungan tugas Annuar itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anggota Majlis Mara, Datuk Dr. Yusof Yacob di ibu pejabat agensi tersebut di sini semalam.

Penggantungan itu dibuat bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.

Berikutan penggantungan itu, kedudukan Annuar sebagai Ketua Penerangan UMNO telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan anggota dan kepimpinan parti itu.

SPRM semalam mengesahkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap Annuar. – BERNAMA

Tags: Annuar Musa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd