• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tiada Masalah Berkempen Untuk Jamilah

oleh AK-47
05/02/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah menjalankan kempen buat calonnya Datuk Amar Jamilah Anu pada pilihan raya kecil (PRK) Tanjong Datu, walaupun beliau tidak dapat keluar dari rumah kerana masih dalam tempoh edah berikutan kematian suami.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mempunyai pengalaman pada PRK Kuala Kangsar baru-baru ini apabila meletakkan Datin Mastura Mohd. Yazid sebagai calon bagi mengambil alih tempat suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata sekiranya ada pertandingan, jentera BN akan berjalan seperti biasa dan membantu dalam memberi panduan kepada Jamilah mengenai kaedah untuk berkempen walaupun beliau tidak dapat keluar dari rumah kecuali dalam keadaan darurat, sebagaimana mengikut hukum fekah.

“Kaedah berkomunikasi ialah menerusi media sosial dan rakaman video yang akan ditayang di tempat-tempat tumpuan ramai.

“Kami tiada masalah jika ada pertandingan namun saya dan rakan-rakan dalam BN amat berharap agar beliau (Jamilah) diberi laluan, tiada pertandingan, bagi menghargai jasa Allahyarham Tan Sri Adenan Satem,” katanya dalam persidangan media selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di sini hari ini.

PRK DUN Tanjong Datu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima Tan Sri Adenan Satem, akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

Pada 19 Jan lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Februari ini sebagai hari mengundi.

BN Sarawak yang bermesyuarat pada 1 Feb lepas memutuskan untuk meletakkan balu Allahyarham sebagai calon, manakala PKR yang turut bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas mengumumkan tidak akan turut serta dalam PRK ini.

PRN Sarawak ke-11 Mei lalu menyaksikan Adenan, 72, memperoleh 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi, yang hanya meraih 468 undi.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata peranan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam membantu agensi-agensi kawalan sempadan negara akan diperincikan menerusi pindaan undang-undang, atau menerusi sebarang arahan daripada Majlis Keselamatan Negara.

Beliau berkata ia bertujuan memastikan peranan RELA tidak menganggu tugas-tugas kawalan sempadan sedia ada yang dipikul oleh Angkatan Tentera Malaysia ataupun pasukan polis.

Ahmad Zahid berkata RELA merupakan tenaga gerakan besar yang akan dapat digunakan bagi menampung sebarang kekurangan dalam kawalan sempadan, terutama di kawasan-kawasan sempadan yang dikawal sepenuhnya oleh tentera atau polis.

Katanya bagi tugas-tugas kawalan sempadan di Semenanjung Malaysia, ia banyak disandarkan di bahu Pasukan Gerakan Am, manakala di Sabah dan Sarawak, mungkin pasukan RELA boleh membantu pasukan polis dan tentera dalam mengawal sempadannya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Jamilah AnuDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd