• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Pasukan Bola Sepak JDT Disimbah Cat Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
20/02/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua bas milik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang ditempatkan di kawasan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5, Sungai Senam di sini disimbah cat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, seorang anggota polis melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan terdengar bunyi di tempat meletak kedua-dua bas itu.

Beliau berkata anggota polis itu bergegas ke kawasan bas berkenaan dan ternampak kelibat dua lelaki di luar pagar kawasan berkenaan namun kedua-dua suspek sempat melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bas itu telah dibaling dengan cat di bahagian belakang kenderaan itu.

“Polis turut menemukan beg plastik yang telah pecah mengandungi cat di atas tanah di bahagian belakang bas tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sum berkata hasil siasatan mendapati suspek membaling cat ke arah bas dari luar pagar pada jarak kira-kira 25 hingga 30 meter.

Menurutnya identiti kedua-dua suspek yang melakukan perbuatan itu masih belum dapat dikenal pasti dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

JDT berada di Ipoh untuk aksi bola sepak Liga Super menentang Perak di Stadium Perak di sini malam ini.

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sebelum ini dihukum bermain tiga perlawanan rasmi tanpa penonton di gelanggang sendiri ekoran penyokong The Bos Gaurus bertindak di luar kawalan semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak dan JDT 6 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd